HERBA KOPI BIDADARI PUTIH

KOPI BIDADARI PUTIH MEMPUNYAI 7 HERBA YANG TERKANDUNG DI DALAM 1 SACHET KOPI UNTUK SEMUA GOLONGAN WANITA YANG INGIN TAMPIL CANTIK DAN SIHAT. 

HERBA YANG TERKANDUNG DI DALAM KOPI BIDADARI PUTIH IALAH



  • Pueraria Mirifica (Bidadari Putih)
  • Urena Lobata
  • Kacip Fatimah
  • Manjakani
  • Serapat
  • Mas Cotek
  • Habbatus Sauda
PUERARIA MIRIFICA



Pueraria Mirifica adalah merupakan sejenis tumbuhan yang banyak tumbuh di kawasan tanah tinggi di Utara Thailand. Dalam bahasa Thai, ia dipanggil White Kwao Krua.
Pueraria Mirifica mempunyai kesan seperti estrogen yang sangat hebat. Ia telah digunakan berabad lamanya sebagai herba anti-penuaan. Pueraria Mirifica juga terkenal sebagai herba semulajadi untuk pembesaran serta penganjalan payudara.
Phytoestrogen yang terkandung dalam Pueraria Mirifica memberikan kesan positif dalam merawat masalah osteoporosis, merawat simptom-simptom menopause dan mengelakkan pembentukan kanser yang disebabkan ketidakseimbangan hormon.
Phytoestrogens bukanlah hormon, tetapi ia memberikan manfaat yang sama seperti hormon estrogen, iaitu sumber utama yang menyumbang ke arah pembesaran payudara. Phytoestrogens memaksimumkan pengaliran darah dan peredaran estrogen sekitar tisu-tisu payudara.
Hasilnya, payudara anda menjadi bertambah besar dan bertambah anjal dan mantap. Pueraria Mirifica menambah tisu-tisu lemak di sekitar kawasan payudara. Ia juga membantu dalam menyokong kolagen yang memberikan bentuk yang cantik dan anjal secara semulajadi.
Pueraria Mirifica juga mengandungi ekstrak miroestrol dan deoxymiroestrol yang boleh memberi kesan pembentukan semula pada bentuk payudara yang semakin kendur hasil daripada perubahan hormon dan faktor dimamah usia. Malahan ia juga menjanjikan kecantikan payudara agar semakin montok dan menggiurkan seperti yang diidamkan setiap wanita.
Keistimewaan Pueraria Mirifica juga dapat memberi bentuk badan yang sempurna terutama pada bahagian payudara dan pinggul. Hasil penggunaan yang kerap pasti memberi impak kepada saiz payudara yang asal kepada saiz idaman. Ia juga mengandungi agen anti-kanser yang dapat membantutkan pertumbuhan sel kanser bagi pengidap kanser payudara. Ini membantu kaum wanita bebas daripada kanser payudara yang merupakan penyakit pembunuh utama wanita iaitu dengan mencegah pertumbuhan sel tersebut.

KACIP FATIMAH


Kacip fatimah ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia, dan nama botaninya ialah Labisia pumila. Dalam kegunaan tradisional, kacip fatimah digunakan untuk mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita, untuk mengetatkan dan melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual seperti tongkat ali.

Herba kacip fatimah boleh diamalkan perempuan bujang dan yang sudah berkahwin kerana khasiatnya dapat membekalkan tenaga kepada tubuh manusia.

PENAWAR..kacip fatimah membantu masalah kesihatan dalaman tubuh wanita
Tiada kemudaratan malah pada yang masih perawan, jika diamalkan sejak awal lagi ia adalah salah satu usaha pada pemuliharaan dalaman tubuh badan baik dan cukup menyihatkan.
Kacip Fatimah mengandungi elemen antioksidan dan phytoestrogen yang mana kedua-dua elemen ini mampu memberi manfaat bukan sahaja kepada wanita tetapi juga lelaki.

Antara kebaikan kacip fatimah ini ialah :
1.Mencegah pembiakkan sel prakanser
2. Memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen
3. Mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang
4. Melewatkan proses penuaan.
5. Masalah keputihan
6. Masalah angin kerana ianya anti-flatulence iaitu membantu membuang angin berlebihan di dalam badan.
7. Melancarkan proses kelahiran bayi.
8. Mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
9. Membantu dalam pengecutan rahim
10. Melangsingkan badan dengan membantu dalam menegangkan otot-otot.
11. Merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarakan perjalanan darah dan kitaran haid wanita sekaligus mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
12. Mengurangkan simptom sakit buasir, penyakit sendi dengan membaikpulihkan peredaran darah sekaligus mengurangkan kesakitan di sendi dan otot.
13. Gonorrhea dan cirit birit.
14. Menyeimbangkan hormon dalam badan dan mengatasi masalah depresi selepas bersalin serta menambahkan tenaga dan kecergasan badan..
15. Mengembalikan rambut yang sudah rosak.

MANJAKANI


Kajian menunjukkan bahawa manjakani adalah kaya dengan tannin, asid tanik, antioksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat. Selain itu ia juga mengandungi unsur-unsur seperti astringen, anti-microbial dan anti-radang. Kandungan taninnya yang tinggi menyebabkan manjakani digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, terutama untuk penggunaan selepas bersalin bagi mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin. Kajian membuktikan bahawa unsur astringen dalam manjakani dapat membantu mengencangkan otot dinding vagina dan mengembalikan keanjalan.


Berikut adalah antara kegunaan manjakani dalam pengubatan:-

Awet Muda : Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel.

Pencegahan Kencing Manis : Asid galik boleh mencegah kencing manis dan lelah.

Pencegahan barah payudara dan rahim : Antioksidan dalam manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim.

Pencegahan bau yang tidak diingini : Oleh kerana manjakani bersifat astringen, ia boleh membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.

Merawat otot-otot di dalam faraj : Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula.

Mengawal lendir dan lelehan faraj : Astringen juga mampu menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa.

Membersihkan lelehan haid dan nifas : Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas.

Mengecutkan semula tisu-tisu : Astringen juga mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.

Menegangkan dan mencantikkan kulit : Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.

Mata yang sihat : Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.

Rawatan payudara : Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bermanjakani dapat memperbaiki payu dara yang telah hilang kekenyalannya.

Gigi dan tulang : Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.

Mulut : Astringen dalam manjakani mengekalkan kebersihan mulut.

Kulit kering dan berminyak : Astringen juga dapat mengawal kulit kering dan berminyak.

Perawatan kronik ulser : Amalan meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.

Pelbagai khasiat makanan : Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.

SERAPAT


Akar Serapat atau nama saintifiknya Param Eria Polyneura.Sering digunakan secara tradisional dengan menggabungkan bersama-sama herba-herba lain (selalunya kacip fatimah dan lain-lain). Sangat berkesan untuk membina rahim, mengetatkan faraj dan meningkatkan sistem kemutan. 

Antara khasiat dan fungsi Akar Serapat adalah:

- Memperbaiki dan menegang tisu faraj
- Membantu menegangkan payudara
- Menegangkan dan mencantikkan kulit (awet muda)
- Menguatkan otot dan sendi
-  Membantu memulihkan luka/tenaga 
- Menegang dan mengecutkan otot
- Membantu melicinkan kulit  
- Membuang toksin dalam badan 
- Melancarkan peredaran darah ke organ wanita 
untuk meningkatkan kadar oksigen bagi kesihatan dan fungsi organ
- Melegakan kekejangan otot rahim dan mengatasi kelesuan ketika haid.

MAS COTEK


Pokok Emas Cotek ataupun Mas Cotek merupakan sejenis pokok herba yang digunakan dalam bidang perubatan Melayu. Dalam perubatan Melayu pokok mas cotek ini dibahagikan kepada mas cotek jantan (berdaun kecil) dan betina (berdaun besar) .
Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya, Ficus deltoidea merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya di kalangan pengamal perubatan tradisional. Selain Tongkat Ali dan Kacip Fatimah, Mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan.

Jabatan Agensi Kerajaan dan Universiti yang telah bekerjasama melakukan Research dan Development bagi produk iMas Care Koperasi Usahawan Islam Selangor Berhad
Mengikut konsep “Doctrine of signature” bentuk, warna, rasa dan bau pada setiap bahagian tumbuhan mas cotek menggambarkan kegunaan herba tersebut untuk rawatan penyakit. Secara tradisi, daun mas cotek digunakan oleh kaum wanita selepas bersalin bagi tujuan mengecut rahim, memperbaiki peredaran darah, mengembalikan tenaga, merawat masalah berkaitan peredaran darah dan dijadikan sebagai teh herba untuk kesihatan dan kecantikan.

kajian

Kajian menunjukkan bahawa lima bahan aktif yang sangat diperlukan oleh sistem tubuh badan manusia terkandung di dalam mas cotek adalah flavonoid, tannins, triterpenoids, proanthocyanins dan phenols. Bahan-bahan ini dikenalpasti berkemampuan membantu minda dalam proses mengingat dan dapat menumpukan perhatian serta dapat merawat masalah kurang daya tumpuan. Ia juga mampu melancarkan keberkesanan Vitamin C di dalam rangkaian anti-oksida, mengawal nitrit oksida dan peredaran darah, mengawal pengoksidanan lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) yang dikenali sebagai kolesterol jahat (bad cholesterol) dan dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.
Lima bahan aktif yang terkandung didalam Mas Cotek :-
1. FLAVANOID
Anti-oksida yang tinggi dan mampu membuat pengaliran darah yang sihat, anti radang, anti virus dan melindungi hati.
2. TANNIN
Menegangkan tisu yang lemah, mengeringkan lebihan air akibat cirit birit dan melindungi tisu roasak akibat terbakar atau exzema
3. TRITERPENOIDS
Meningkatkan system ketahan badan, penyerapan nutrient
4. PROANTHOCYANNIN
Mengandungi tisu pengaliran darah untuk jantung, tangan, kaki dan mata. Ia adalah antioksida
5. PHENOL
Anti radang , anti septic
HASIL KAJIAN yang telah dijalankan oleh Agensi Nuklear dan Forest Research Institute of Malaysia
Pegawai penyelidik dari Agensi Nuklear Malaysia, Dr. SHAFIE Bin KHAMIS telah berjaya menemui beberapa keputusan khasiatnya seperti;
Mempunyai khasiat anti kanser, anti oksidan dan  anti kencing manis.
Kajian imuniti  keatas abstrak herba ini sedang dijalankan, bagi melihat adakah ianya berpotensi untuk membantu meningkatkan ketahanan sistem badan kita.
Cth: kanser, HIV dll
Kajian mendalam akan dijalankan bagi mengenal pasti adakah ianya berpotensi untuk digunakan sebagai vaksin.
Membantu untuk memulihkan tenaga luaran dan dalaman.

Antara khasiat Mas Cotek yang lain adalah:
  • Memperbaiki kerosakan urat saraf
  • Mengetatkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim bg wanita selepas bersalin
  • Meningkatkan keinginan hubungan suami isteri
  • Membantu mengawal tekanan darah tinggi
  • Merawat penyakit pneumonia
  • Mampu merawat migrain, resdung, diabetes, gout, batu karang, tekanan darah tinggi / rendah
  • Kandungan flavonoid yang tinggi untuk mempertahankan keayuan dan awet muda
  • Mengurangkan tahap kolesterol dalam darah
  • Mengurangkan keletihan dan kelesuan badan
  • Membantu masalah keputihan
  • Melancarkan peredaran haid
  • Mengeluarkan toksin dalam badan
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Sakit urat saraf
  • Gout
  • Kencing manis
  • Darah tinggi
  • Membuang kolestrol dan lemak
  • Buasir
  • Migraine /sakit kepala
  • Paru-paru berair
  • Pemulih tenaga batin
  • Sakit puan
  • Senggugut
  • Sakit pinggang
  • Keletihan
  • Masalah tidur
  • Rangsangan hormon lelaki
  • Mengecutkan rahim peranakan
  • Merapatkan pintu rahim
  • Sakit lutut
  • Mencantikkan dan melicinkan kulit
  • Demam/ Selesema
HABATUS SAUDA


Banyak kajian yang telah dilakukan kepada habbatus sauda. Dari penyelidikan dan pengalaman didapati Habbatus Sauda adalah :

KANDUNGAN:

~Lebih 100 komponen 

~Kaya dengan asid lemak tak tepu

~35% minyak, 21% protin, 38% karbohidrat.

~Lebih dari 50% minyaknya adalah asid lemak penting.

~Asid linolik dan asid linolenik gamma membantu membentuk Prostaglandin E1 yang membantu badan untuk menghentikan jangkitan dan menyeimbangkan system imunisasi badan dan meregulasi reaksi alahan.

~Asid linolenik gamma juga membantu mengstabilkan membran sel.

~Volatile oil Nigellone dan thymochinon yang bertanggungjawab kepada anti histamine, anti oksida, anti jangkitan dan kesan pengembangan saluran pernafasan (broncho dialating effect)

Amalan mengambil habbatus sauda secara berterusan menyebabkan kesihatan yang berpanjangan. 

ANTARA KEBAIKANNYA IALAH :

MEMBERI TENAGA - keletihan, sakit-sakit badan, mudah mengantuk

MENINGKATKAN IMUNISASI – mengelakkan dari jangkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, sesuai untuk pengidap AIDS, pesakit kanser, penyakit berkenaan ketahanan badan, membantu melawan penyakit

ANTI INFLAMASI – mengurangkan bengkak dan radang, sesuai untuk pesakit asma (radang paru-paru), sakit kulit eczema (radang kulit) dan arthritis (bengkak sendi)

SALURAN PERNAFASAN – melegakan saluran pernafasan yang membengkak (lihat Anti Inflamasi),

ANTI HISTAMIN – mencegah cetusan histamine (punca alahan) dalam badan, sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan kepada makanan (makanan laut dsb) dan debunga, juga asma

ANTI BAKTERIA – mengelakkan dari jangkitan E-coli, V cholera dan shigella, mengubati cirit birit, sesuai untuk kesihatan dalam perut dan usus, mengatasi masalah bau mulut, tonsil

ANTI ARTHRITIS – lihat Anti Inflamasi

PENYAKIT WANITA – membetulkan putaran haid, memperbanyak air susu ibu, meningkatkan tenaga, meningkatkan kesuburan

SALURAN PERKUMUHAN – merawat jangkitan pundi kencing, melawaskan perkumuhan

ANTI PARASIT - membunuh cacing dalam perut, juga sesuai untuk kanak-kanak (lebih dari 5 tahun)

MENINGKATKAN DAYA INGATAN – mempunyai asid omega 6 dan asid omega 3 yang baik untuk otak dan kecerdasan

MERAWAT TENAGA BATIN – impotensi, meningkatkan tenaga seksual (untuk lelaki dan wanita)

MENGECUTKAN KETUMBUHAN (ANTI –TUMOR) – sesuai untuk mereka yang mempunyai ketumbuhan, kanser, tumor dan lain-lain.

MENGAWAL KOLESTROL DAN KADAR GULA

Seperti suplemen lain, habbatus sauda harus diamalkan secara berterusan dalam kehidupan seharian untuk anda mendapatkan kesan yang optimum.

Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali As-Sam”. Aku bertanya. “Apakah As-Sam itu? Baginda menjawab, “As-Sam itu ialah mati”

Riwayat Imam Bukhari.



Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.

Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadith-hadith sahih no. 1819.




No comments:

Post a Comment